Monday 18 July 2011

Tanah Tinggi Kinta

Tanah Tinggi Kinta atau Kinta Highland adalah sebahagian dari Banjaran Titiwangsa dan terletak di sebelah Cameron Highland. Ia merupakan lanjutan dari Tanah Tinggi Kuala Kangsar dan berakhir ke Tanah Tinggi Batang Padang. Bandar terhampir adalah Gopeng dan Sungai Raia (Kampung Kepayang). Tanah Tinggi Kinta terbahagi kepada dua mukim iaitu Mukim Teja dan Mukim Sungai Raia. Terdapat dua batang jalan yang merentasi tanah tinggi ini iaitu jalan Simpang Pulai-Cameron Highland dan jalan Tapah-Cameron Highland.


Tanah Tinggi Kinta setakat ini belum lagi dimajukan sebaiknya. Gopeng sebagai bandar terhampir dan Sungai Raia (Kg. Kepayang) sebagai pemula jalan yang menghubungkan Jalan Persekutuan (Jalan Raja Nazrin Shah) dengan Cameron Highland sepatutnya dibangunkan sebagai sebuah pusat pelancongan yang menarik. Terdapat dua pos Tol Lebuhraya Utara-Selatan iaitu di persimpangan Gopeng dan Persimpangan Simpang Pulai (Sungai Raia) yang membolehkan pelancong memasuki dan keluar dari daerah ini dengan mudah.

Mukim Sungai Raia

SUNGAI RAIA


Sungai Raia (nama yang masih digunakan ialah Kampung Kepayang yang meliputi Simpang Pulai di mana merupakan pusat Mukim Sungai Raia) merupakan pekan yang menempatkan sungai besar iaitu Sungai Raia yang berpunca dari Tanah Tinggi Kinta dan persimpangan Pulai. Jalan Simpang Pulai-Cameron Highland merupakan jalan yang melalui sebuah tapak kuari batu kapur yang penting di Perak. Oleh itu, terdapat sisa tinggalan kuari yang dapat dibangunkan sebagai pusat pelancongan seperti Perkampungan Orang Asli, Air Gunung, Lubuk Timah dan sebagainya. Taman Herba Perak juga terletak di sini.



KAMPUNG KEPAYANG
 
 
 
 
 
PENGKALAN BAHARU

Pengkalan Baharu merupakan sebuah kampung yang semakin meningkat maju dan akan mendapat taraf pekan sedikit masa lagi. Diharap Pengkalan Baharu akan menggantikan Kampung Kepayang sebagai pusat pentadbiran penghulu Mukim Sungai Raia. Terdapat beberapa tempat menarik di Pengkalan Baharu seperti Kota Smith (Kelly Castle), tasik-tasik Pengkalan Baharu, SK. Pengkalan Baharu dan Masjid Jamik Ar Rahmaniah Pengkalan Baharu.

 
 
 
 
KOTA SMITH
 
 
Kota Smith atau juga dipanggil Kelly Castle merupakan sebuah rumah agam yang telah dibina oleh seorang tuan tanah berbangsa British yang bernama Kelly Smith sempena cintanya kepada isterinya. Rumah agam ini adalah merupakan sebuah bangunan yang menyerupai kota-kota lama di England dan telah dibina di atas bukit menghadap sebatang sungai iaitu Sungai Raia. Sungai Raia merupakan jalan yang menghubungkan daerah bijih timah di hulu Sungai Raia ke kawasan pelabuhan di Kuala Sungai Perak atau di kawasan pengumpulannya di Batu Gajah.

Mukim Teja

GOPENG

Gopeng sebagai bandar lama yang terbina sejak 1800-an lagi merupakan bandar yang sezaman dengan Ipoh dan Kuala Lumpur. Terletak di Mukim Teja di mana Sungai Teja mengalir. Nama Teja ini diambil sempena sebuah makam yang dipanggil Makam Tun Teja di Kota Baharu, Gopeng. Terdapat beberapa cadangan seperti mengujudkan banyak resort dan menjadikannya pusat membeli belah seperti buah-buahan atau kain. Membina resort seperti Resort Lost World of Tambun, Ladang Rusa dan landak, Ladang Kuda, membina laluan kereta kabel dari Gopeng ke bandar baru (Bandar Titiwangsa) yang terletak di sebelah Daerah Cameron Highland), Taman Daerah Kinta Highland dan sebagainya. Gua Tempurung dan Gopeng Resort merupakan dua produk pelancongan yang terdapat di Gopeng.



 
 
KOTA BARU
 
Kota Baharu merupakan pekan kecil yang terletak di barat Gopeng dan turut merupakan sebahagian rantaian perhentian Keretapi Tanah Melayu. Terdapat Sekolah Integrasi Gopeng. Di sini juga terdapat makam-makam diraja Perak dan yang terkenal ialah sebuah makam yang dipanggil Makam Teja.
 
 
 
GUA TEMPURONG
 
Gua Tempurong merupakan satu rangkaian gua yang terletak di kaki Banjaran Titiwangsa.