Monday 18 July 2011

Tanah Tinggi Kinta

Tanah Tinggi Kinta atau Kinta Highland adalah sebahagian dari Banjaran Titiwangsa dan terletak di sebelah Cameron Highland. Ia merupakan lanjutan dari Tanah Tinggi Kuala Kangsar dan berakhir ke Tanah Tinggi Batang Padang. Bandar terhampir adalah Gopeng dan Sungai Raia (Kampung Kepayang). Tanah Tinggi Kinta terbahagi kepada dua mukim iaitu Mukim Teja dan Mukim Sungai Raia. Terdapat dua batang jalan yang merentasi tanah tinggi ini iaitu jalan Simpang Pulai-Cameron Highland dan jalan Tapah-Cameron Highland.


Tanah Tinggi Kinta setakat ini belum lagi dimajukan sebaiknya. Gopeng sebagai bandar terhampir dan Sungai Raia (Kg. Kepayang) sebagai pemula jalan yang menghubungkan Jalan Persekutuan (Jalan Raja Nazrin Shah) dengan Cameron Highland sepatutnya dibangunkan sebagai sebuah pusat pelancongan yang menarik. Terdapat dua pos Tol Lebuhraya Utara-Selatan iaitu di persimpangan Gopeng dan Persimpangan Simpang Pulai (Sungai Raia) yang membolehkan pelancong memasuki dan keluar dari daerah ini dengan mudah.